fb fb fb fb fb

De Paula tiada dalam radar Kim Pan Gon

KELANA JAYA, 10 Mac- Nama pemain naturalisasi Guilherme De Paula kini tiada dalam senarai pemain yang dipanggil pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan Gon namun menamakan dua pemain Mohamadou Sumareh (pemain sayap) dan Liridon Krasniqi (penyerang/tengah).

Jurulatih dari Korea Selatan itu menyenaraikan 30 pemain bagi menyertai kem latihan yang dijadual bermula Isnin ini.

Daripada 30 pemain yang diumumkanPan Gon, hanya pemain kelahiran United Kingdom Nathaniel Shio Hong Wan dan Khair Muhammad Jefri Jones, merupakan pemain yang buat pertama kalinya dipanggil untuk latihan pusat skuad utama.

Manakala lain-lain pemain adalah terdiri daripada barisan biasa lama yang juga memperlihatkan penyertaan kembali bekas ketua pasukan Safiq Rahim, 35, manakala 15 daripada 24 pemain pasukan yang gagal di Piala AFC 2020 tahun lepas, turut tersenarai.

(Pan Gon (tengah) pada sidang media pengumuman senarai nama pemain yang akan dipanggil untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM)

"Kami telah mengenal pasti hampir 70 pemain sebelum mengurangkannya kepada pemain-pemain yang kami percaya sesuai dengan falsafah permainan dan pelan taktikal kami. Kami tidak mungkin 100 peratus tepat.

"Semua pemain yang dipanggil adalah berdasarkan pemerhatian dan pemantauan terhadap kemampuan pemain tetapi kami akan menganalisa keupayaan mereka dari segi teknikal, taktikal dan tingkah laku profesionalisme.dari segi teknikal, taktikal dan tingkah laku profesional.

"Selepas kem ini, sehingga Jun, kami mempunyai banyak peluang untuk melihat perlawanan liga setiap minggu, jadi kami mungkin mendapatkan maklumat yang lebih banyak mengenai pemain dari semasa ke semasa.

"Jadi kami mahu meminta daripada media dan peminat, sila sokong kami, tunggu dahulu dan kemudian kami akan cuba memilih yang terbaik untuk Malaysia," katanya dalam satu sidang media di Wisma FAM di sini.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi tiga aksi persahabatan di Singapura bermula dengan perlawanan menentang Filipina pada 23 Mac ini sebelum berdepan Singapura tiga hari kemudian dan bertemu Albirex Niigata Singapura pada 28 Mac.

Media Baharu