AUGUSTA, 7 April- Tiger Woods sudah bersedia untuk menyertai kejuaraan Masters yang akan berlangsung di Gergia, Amerika Syarikat bermula esok.
Keputusan itu dibuat hanya 14 bulan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kakinya berikutan kemalangan kereta tahun lalu.
Woods, juara 15 kejuaraan major, telah menjalani latihan terakhir hari ni dan membuat ujian terakhir pada kaki kanannya yang sudah dibedah.
"Saya tiada masalah mengenai apa yang saya boleh lakukan secara fizikal dari pandangan golf. Sekarang saya akan melalui bahagian sukar," kata Woods.
( Tiger Woods/AFP)
Jelas pemain berusia 46 tahun itu, walaupun dia akan akan melalui cabaran sukar, namun dirinya memiliki keyakinan tinggi untuk memburu gelaran Masters ke-6.
Kemalangan ngeri yang menimpanya pada Februari 2021 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat sukan golf terhadap kariernya, apabila kakinya hampir tidak dapat diselamatkan.
Walaupun berdepan kesukaran, Woods akan memulakan aksi esok bersama pemain Afrika Selatan, Louis Oosthuizen dan pemain Chile, Joaquin Niemann yang pasti akan menjadi tumpuan ribuan penonton dan televisyen global. -AFP