LONDON, 7 April- Jaringan hatrik penyerang Perancis, Karim Benzema membantu Real Madrid membalas dendam 3-1 ke atas Chelsea pada suku akhir pertama di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Chelsea kini diambang penyingkiran, sekali gus menutup peluang mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lalu.
Pada aksi tersebut, Benzema mempamerkan ketajaman penyudahnya apabila menanduk masuk dua jaringan di babak pertama.
Meskipun Kai Havertz merapatkan jurang 2-1 sebelum rehat, Benzema bagaimanapun terus menghukum Chelsea dengan jaringan ketiganya di awal babak kedua hasil kesilapan penjaga gol The Blues, Edouard (EDWARD) Mendy.
(Penyerang Real Madrid, Karim Benzema/ AFP)
Ini kali kedua berturut-turut pemain berusia 35 tahun itu meledak hatrik dalam kempen Eropah selepas melakukannya ketika menyingkirkan Paris Saint-Germain di pusingan 16 terakhir awal bulan lalu.
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada aksi timbal balik kedua di Madrid pada 13 April ini.
Pada kempen musim lalu, Real tewas kepada Chelsea di saingan separuh akhir. -AFP