fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi : Sukan olahraga sasar tiga pingat emas

KUALA LUMPUR, 7 April - Tiga acara dari sukan olahraga menjadi sandaran kontinjen negara membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan Sea Hanoi Mei ini.

Ketua jurulatih olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata berdasarkan prestasi semasa atlet negara bagi acara tukul besi, lempar cakera dan lompat tinggi di peringkat Asia Tenggara, ia membuktikan mereka mampu meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

"Atlet-atlet kita yang senior sebelum ini ada membolehkan pingat emas itu dicapai macam lompat tinggi memang kita berada di kedudukan yang terbaik, acara tukul besi, lempar cakera dan lompat tinggi antara acara-acara kegemaran dan atlet-atlet yang sedia ada ranking Asia Tenggara buat masa ini masih ada di kedudukan pertama, saya yakin mereka boleh memberikan emas untuk negara," kata beliau dalam sidang media, di sini.


(Foto fail)

Ketika ini seramai 15 atlet sudah melepasi syarat kelayakan iaitu bagi acara tukul besi adalah Jackie Wong, dan bagi kategori wanita Grace Wong manakala bagi acara lempar cakera adalah Muhammad Irfan, Queenie Ting serta Choo Kang Ni dan acara lompat tinggi pula Nauraj Singh.

Sebelum ini, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) melontarkan keyakinan bahawa sukan olahraga mampu membawa pulang lima emas pada temasya terbesar di Asia Tenggara itu yang dijadualkan berlangsung bermula 12 Mei hingga 23 Mei ini.

Media Baharu