fb fb fb fb fb

Skuad memanah tekad tebus emas di Sukan SEA Vietnam

BUKIT JALIL, 7 April- Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, NAAM mahu menebus kekecewaan ketika edisi 2019 di Filipina dengan mensasarkan 4 pingat emas di Sukan SEA Vietnam kali ini.

Acara Memanah Recurve dan Compound masing-masing diharapkan dapat meraih dua pingat emas.

Ketua Jurulatih Recurve, Marbawi Sulaiman memaklumkan skuad negara kali ini dibarisi oleh campuran pemain senior dan baharu.

"Untuk acara recurve sebenarnya kita tidak spesifik kepada individual tetapi kita mensasarkan untuk acara lelaki berpasukan dan juga lelaki individu," jelasnya kepada pemberita, hari ini di Bukit Jalil.

(Ketua Jurulatih Recurve, Marbawi Sulaiman)

Skuad lelaki dibarisi Olimpian, Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli, Bryson Ting Tiew Liung dan Mohamad Firdaus Mohd Rusmadi,

Manakala recurve wanita dibarisi oleh Nuramalia Haneesha Mazlan, Syaqiera Mashayikh, Nur Ain Ayuni Fozi dan Nurul Azreena Mohammad Fazli.

Skuad recurve negara telah menyertai saingan Piala Asia di Phuket Thailand bulan lalu sebagai pemanas badan.

Mereka juga akan menyertai 2 kejohanan simulasi yang dijadual minggu hadapan bagi tujuan mengekalkan momentum. 

Media Baharu