fb fb fb fb fb

Dukacita Datuk M Daud Kilau meninggal dunia

Datuk M Daud Kilau

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Penyanyi legenda, Datuk M Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak ada usia 85 tahun kira-kira pukul 4.46 petang tadi.

Berita duka itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52.

Menurut Zaini, "keadaan kesihatan ayah tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lepas kerana penyakit diabetes, darah tinggi dan jantung.

"Awalnya doktor mahu melakukan pembedahan bagi memotong kedua-dua kaki ayah, namun ianya terbatal kerana tekanan darah tidak stabil," tambahnya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di hospital seterusnya akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh Bagan Datuk malam ini dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Baroh Bagan Datuk selepas Zohor pada esok.

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut menyampaikan perkhabaran duka itu menerusi satu hantaran di facedook.

Fahmi turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk M Daud Kilau atas pemergiannya.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham M Daud Kilau, penyanyi tersohor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini," katanya dalam hantaran itu.

Dalam pada itu, Datuk Dj Dave turut berasa sedih dengan berita pemergian Allahyarham.

Perkara itu diberitahu menerusi setiausaha Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Salmiah ketika dihubungi oleh anaknya Ahmad Zaini Mohd Daud.

DJ Dave dan YKAT turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan "insya-Allah esok kami akan menziarahi keluarga Allahyaraham dan menghadiri majlis pengebumian pada esok"

Menurut DJ Dave, Allahyarham juga merupakan penerima pencen YKAT sejak Mac 2020.

Perkhabaran duka itu turut mendapat perhatian Seniman. Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan berkata, "seluruh kepimpinan tertinggi dan barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Ini."

Ketika hayatnya, allahyarham sinonim dengan penampilan unik dan lagu malar segar seperti Cek Mek Molek sentiasa mencuri tumpuan peminatnya.

Daud Kilau mula menceburi industri hiburan tanah air selepas menjadi juara Bintang Radio di Singapura pada 1968. Allahyarham turut ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Selian lagu Cek Mek Molek yang menjadi siulan peminat dan pendengar, anak jati Bagan Datoh, Perak itu juga popular dengan lagu Gila Judi dan pernah merakam lagu duet bersama Ezlynn pada tahun 2003 dengan judul Pening.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI