KUALA LUMPUR, 19 Disember- Tujuh tahun berada di dalam industri muzik, penyanyi, Amir Masdi bakal mengeluarkan album fizikal untuk para peminatnya.
Menurut Amir, album bertajuk AMIR MASDI itu mempunyai 12 buah lagu dan satu lagu Inggeris.
"Saya pilih album fizikal, saya rasa itu adalah satu nilai sentimental untuk sesiapa sahaja yang membeli dan saya sendiri sebagai anak seni, saya telah lama mengidamkan untuk mempunyai album tersebut.
"Saya yakin ramai di luar sana rindu untuk mengumpul dan rindukan album fizikal.
"Ia juga merupakan penanda aras bagi diri saya untuk berada dalam industri ini," kata Amir.
Tambah Amir, beliau akan menghabiskan 'album tour' ini dengan lokasi terakhir di Sabah pada 27 Disember nanti.