fb fb fb fb fb

Tia Jinbara meninggal dunia akibat kanser hati

Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.

KUALA LUMPUR, 8 November- Bekas vokalis Kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar bin Zakaria, 53 disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam kira-kira pukul 9.17 malam tadi.

Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.

Sebelum ini, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.

Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.

Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.

Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor kemudian mengesahkan penyanyi tersebut menghidapi kanser hati.

Tia mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

ZEHRA BINTI ZAMBRI