fb fb fb fb fb

G-Dragon nafi terlibat dengan dadah

Foto FB G-DRAGON

INCHEON, 6 November- Ahli kumpulan BIGBANG, Kwon Ji-yong atau lebih dikenali G-Dragon menafikan diri terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurut G-Dragon, beliau tiba di balai polis Incheon Nonhyeon hanya untuk siasatan.

"Saya tidak melakukan jenayah berkaitan dadah dan saya sebenarnya di sini untuk mendedahkannya.

"Jangan terlalu risau. Saya akan kembali selepas siasatan selesai," katanya kepada pemberita di sini.

Korea Selatan mempunyai undang-undang yang sangat ketat mengenai dadah.

Terdahulu, G-Dragon telah ditahan atas tuduhan menggunakan ganja pada tahun 2011, tetapi dia dibebaskan tanpa siasatan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM