fb fb fb fb fb

'The Singing Chef' musim kedua tampil lebih ramai selebriti tonjol bakat memasak

Pencipta kandungan fesyen, AGY dan hos 'The Singing Chef, Tiah Ridhwani

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program masakan "The Singing Chef" musim kedua membawakan lebih ramai lagi selebriti termasuk penyanyi, pelakon dan pencipta kandungan kreatif (content creator) menonjolkan bakat mereka dalam bidang masakan.

Nantikan kemunculan barisan artis Khareez Kasbullah, Punitha Shanmugam, Amir Shahir, Munaa Bella, Daniel Fong, Adam Yusuf, Ellya Keesha, Najmi Niery, Maisarah Ukulele, Balan Kash, Khodi, Shafiq Abdillah (penyanyi pop Asia dari Brunei), Elena Harris, Sefik, Silfeny Osman, Daniel Bogers (pelumba motosikal profesional) dan DJ Mia.

Artis lain adalah Aisha Retno, Alam Antido (penyanyi dan penulis lagu), Natasha Sass (pelakon dan model), AGY (pencipta kandungan fesyen), Kween Keela, Kahoe Hon dan Diyana Hashim.

Saksikan mereka bersama hos, Tiah Ridhwani berkongsi dapur menyediakan masakan sebelum menghiburkan penonton menerusi nyanyian.

Pelbagai menu menarik disediakan untuk tontonan penonton antaranya 'Mashroom Rendang', 'Shakshuka' (resipi Mediterranean), 'Cauliflower and Cheese', 'Shepherd’s Pie', 'Thai Chicken Wings' dan banyak lagi.

"The Singing Chef" menyajikan 26 episod berbahasa Inggeris yang disiarkan setiap hari Jumaat, pukul 11.00 pagi, menerusi saluran Okey dan aplikasi RTMKLIK.

SITI AISHAH MD ISA