fb fb fb fb fb

Bintang Kecil 2024: 12 peserta Zon Semenanjung 'berentap' Sabtu ini

12 peserta yang bakal berentap pada Debaran Bintang Kecil Zon Semenanjung 2024, Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 9 Julai- Seramai 12 penyanyi cilik bakal berentap dalam pertandingan Debaran Bintang Kecil Zon Semenanjung 2024 pada Sabtu ini bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Hanya enam peserta yang layak akan meneruskan perjuangan ke Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2024 di Sarawak pada September ini.

"Tahun ini, kita angkat tema 'FUN' iaitu F untuk 'funky', U -'unique' dan N - 'neophyte'. Jadi kita mahu peserta tahun ini menyanyikan lagu-lagu pilihan dengan lebih ceria dan gembira.

"Kalau lagu 'slow'... kita 'mix'kan iaitu dengan bantuan atau khidmat nasihat daripada bahagian perhidmatan muzik orkestra RTM," kata Norazlinah Nordin, Penerbit Debaran Bintang Kecil Zon Semenanjung 2024 hari ini.

Orang ramai dijemput hadir menyaksikan pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pukul 9.00 malam (Sabtu - 13 Julai) yang turut bersiaran langsung di TV2.

Program terbabit akan dihoskan oleh personaliti RTM, Dyya Nawai dan pelakon serta pengacara, Sean Lee.

Turut melakukan persembahan pada malam tersebut adalah penyanyi, Haqiem Rusli dan Nabila Razali serta juara Suara Juara musim pertama, Akmar Natasha.

SITI AISHAH MD ISA