fb fb fb fb fb

Kim Sung Kyu Infinite adakan konsert solo di Malaysia selepas 11 tahun

Kim Sung Kyu bakal hiburkan peminat di Malaysia pada Ogos depan

KUALA LUMPUR, 11 Julai-Anggota kumpulan Infinite, Kim Sung Kyu bakal mengadakan konsert solo Jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur yang turut menjadi destinasi pertama jelajah berkenaan.

Konsert Kim Sung Kyu 2024 LV3: Let's Vacay anjuran D-SHOW, dengan kerjasama Offbeat dan 43 itu dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2024, jam 8 malam dan 11 Ogos, jam 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert tersebut turut memberi peluang kepada para peminat penyanyi berkenaan yang digelar INSPIRIT menonton konsert solo tersebut yang julung-julung kali diadakan selepas kali terakhir Sung Kyu berkunjung ke negara ini 11 tahun yang lalu.

LV3: Let’s Vacay merupakan kesinambungan konsert solonya, LV2: Like Your Vibes’ yang diadakan pada tahun lalu dan LV1: Light & Voice’pada tahun sebelumnya.

Tiket konsert dijual pada harga serendah RM588 sehingga RM788 bermula pada 17 Julai ini.

Sung Kyu mula mencipta nama sebagai penyanyi bermula pada 2010 selepas mengetuai kumpulan INFINITE dengan album mini pertama mereka “First Invasion”, yang merangkumi single utama “Come Back Again”, sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai generasi K-pop baharu.

Sejak daripada itu Sung Kyu terus meluaskan kerjayanya dalam pelbagai bidang termasuk muzik, filem,rancangan TV, muzikal dan pengacaraan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD