fb fb fb fb fb

The Catalan buru kemenangan di laman sendiri, menanti kunjungan Eintracht Frankfurt

FRANKFURT, 8 April- Skuad gergasi La Liga, Barcelona hampir dimalukan Eintracht Frankfurt selepas diikat seri 1-1 oleh kelab dari Jerman itu pada aksi suku akhir pertama di Waldstadion, awal pagi tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Deutsche Bank Park itu, Barcelona terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pertama tuan rumah hasil jaringan Ansgar Knauff.

Bagaimanapun, Barca terselamat apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ferran Torres pada minit ke-66.

Frankfurt juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanannya, Tuta menerima kad kuning kedua pada minit ke-78.

Keputusan seri itu bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat, sekali gus memberi kelebihan kepada Barca menjelang aksi timbal balik kedua di laman sendiri.

Skuad kendalian Xavi Hernandez itu akan menerima kunjungan Eintracht Frankfurt Jumaat depan.


(Pemain Barcelona FC, Ferran Torres meraikan jaringannya berdepan Eintracht Frankfurt awal pagi tadi/AFP)

Media Baharu