KUALA LUMPUR, 3 Februari- Penyanyi lagu Kisah Hati, Datin Alyah memutuskan untuk memilih tarikh persembahannya selepas raya.
Menurut Alyah, ini kerana beliau mahu membuat persiapan sebaik mungkin, dengan strategi tersendiri sebelum mengumumkannya.
"Saya menyimpan strategi untuk "showcase" (persembahan) saya, sebab dalam keadaan tidak berapa sihat, berapa kali kena COVID-19, pembedahan lagi. Jadi saya tengah mengumpul tenaga untuk persembahan saya pada tahun ini," katanya kepada pemberita di sini.
Alyah mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 selepas menjuarai Bintang HMI, namun namanya mula meniti di bibir peminat pada tahun 2008 menerusi lagu hits "Tak Mungkin Kerna Sayang".