fb fb fb fb fb

Skuad lawan pedang lelaki negara raih gangsa aksi Asian Junior & Cadet Fencing 2022

TASHKENT, 28 Februari- Skuad lawan pedang lelaki negara tidak pulang tangan kosong apabila membawa pulang pingat gangsa di kejohanan Asian Junior & Cadet Fencing 2022.

Pasukan negara dibarisi Kaerlan Vinod Kamalanathan, Jonas Goh Jin Hsien, Wen Hao Goh dan Umar Zafran Badroel Rizwan.

(Malaysia tewas kepada Hong Kong di separuh akhir dengan keputusan 27-45 sekali gus berkongsi tempat ketiga bersama Kuwait)

Dalam aksi yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan itu, Malaysia tewas kepada Hong Kong di separuh akhir dengan keputusan 27-45 sekali gus berkongsi tempat ketiga bersama Kuwait.

Terdahulu pada aksi suku akhir, Malaysia menewaskan pasukan India.

Media Baharu