fb fb fb fb fb

Skuad futsal kebangsaan optimis ke separuh akhir Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak AFF 2022

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Jurulatih Futsal Kebangsaan, Chiew Chun Yong optimis Malaysia mampu layak ke separuh akhir Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak AFF 2022 meskipun diundi dalam kumpulan sukar bersama juara bertahan, Thailand dan Indonesia.

Keyakinan itu berdasarkan aksi positif ditampilkan pemain negara dalam kejohanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Namun jelas jurulatih berusia 60 tahun itu, beliau kini kesuntukan masa kerana hanya mampu mengumpul pemain terbaik selepas MPFL berakhir, iaitu pada pertengahan Mac.

"Saya perlu segera mencari pemain terbaik serta merangka taktikal dan strategi sesuai dalam tempoh masa persiapan yang singkat. Saya perlu memastikan mereka bersedia untuk berdepan Indonesia dan Thailand."

"Ini merupakan cabaran terbesar saya. Tapi sudah tentu saya akan mencari jalan untuk memastikan pemain akan cepat menyesuaikan diri dan bersedia dari segi mental untuk kejohanan ini," kata Chun Yong.

(Skuad futsal negara diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Brunei, Indonesia dan Thailand)

Tambah Chun Yong, beliau juga bakal memanggil SEMBILAN muka baru bagi menyertai kem latihan pusat pada hujung Mac.

Malaysia diundi dalam kumpulan B yang turut disertai Kemboja dan Brunei.

Kejohanan Futsal AFF 2022 akan berlangsung pada 3 hingga 12 April.

Media Baharu