SHAH ALAM, 28 Februari - Pahang Rangers FC terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Selangor MAC selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Terangganu.
Selain itu, Shah Alam City meraih 3 mata selepas menundukkan KPT-PST Mustangs 1-0.
Manakala pertemuan antara Negeri Sembilan dan TRM Kelantan FC berkesudahan seri 2-2.
Menghampiri penghujung saingan liga, skuad Pahang Rangers berjaya merapatkan jurang mata apabila hanya dibezakan dengan satu gol terhadap Selangor MAC.
Pesta gol Pahang bermula pada minit ke-5 hasil ledakan Abu Haniffa disusuli Mahadir Harahap 4 minit kemudian.
Mohd Ridzwan Bakri memastikan pasukannya selesa dengan 3-0 menuju masa rehat.
Mohd Ridzwan sekali lagi meledak gol 3 minit selepas babak kedua berlangsung.
Gol sagu hati Terengganu pula dijaringkan Syed Shahrul Niezam di penghujung babak.
Ini adalah kemenangan kelima berturut-turut dilakar oleh Pahang.
Dalam satu lagi aksi , jaringan tunggal Muhammad Ariff Zainudin pada minit ke-18 sudah cukup memberikan 3 mata berharga buat Shah Alam City.
Kejayaan itu membolehkan pasukan menghambat Pulau Pinang ditangga ke-6 liga dengan 17 mata dipisahkan hanya dengan jaringan gol.
Sementara itu, pertemuan pertama antara Negeri Sembilan dan TRW Kelantan FC berakhir dengan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.
Habibi Sultan terlebih dahulu membuka jaringan buat Kelantan sebelum Muhammad Asyraff Abdul Jalal menyamakan kedudukan.
A.Kisshaen berjaya mengembirakan pasukannya apabila meledak gol pada minit ke-38.
Namun Imran Syamim berjaya memadamkan kelebihan berkenaan dua minit kemudian.