fb fb fb fb fb

Skuad karate cemerlang di Kejohanan Asia Tenggara, gondol lima emas

PHNOM PENH, 27 Mac - Skuad karate kebangsaan yang kini dalam persediaan menghadapi Sukan SEA Hanoi, mengondol lima pingat emas, tiga perak dan empat gangsa di Kejohanan Asia Tenggara, yang menutup tirainya hari ini.

Pada hari terakhir kejohanan, pasukan Malaysia menambah pingat emas menerusi pasukan Kumite lelaki dengan mengalahkan Vietnam 3-1 pada perlawanan akhir.

Kejohanan berlangsung di Royal Universiy Phnom Penh, Kemboja.

Empat emas Malaysia yang lain juga disumbangkan menerusi acara Kumite.


(Gambar fail)

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Prem Kumar, menang kategori lelaki 55 kilogram ke bawah selepas mengalahkan atlet Vietnam, Trav Van Vu, 9-1, manakala C. Shahmalarani menjuarai kategori wanita bawah 50kg, dengan mengalahkan seorang lagi atlet Vietnam, Dinh Thi Huong, 5-4.

Dalam acara akhir lelaki bawah 60kg, Kueggen ternyata bukan lawan atlet tuan rumah Ly Kouy Hav dengan menang 12-3, manakala Sureeya Sankar menewaskan Dang Hong Son dari Vietnam 12-4 dalam acara lelaki bawah 67kg.

Malaysia yang diwakili 17 atlet menamatkan kejohanan itu di tempat ketiga di belakang Vietnam, 5 emas, 3 perak, 6 gangsa dan Indonesia, 5 emas, 3 perak dan 6 gangsa.

Pada Sukan SEA Filipina 2019, Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan memenangi empat emas dan empat perak daripada 13 acara dipertandingkan.

Media Baharu