BANGKOK, 5 April- Peluang skuad futsal lelaki negara melangkah ke peringkat separuh akhir semakin sukar dalam Kejuaraan Futsal AFF 2022.
Ini selepas pasukan negara tewas 1-5 di tangan Indonesia dalam aksi di Bangkok, Thailand, SEMALAM.
Pemain Indonesia; Ardiansyah Nur dan Holypaul Septinus Soumilena muncul wira selepas masing-masing menjaringkan dua gol.
Sekali gus mengecewakan pasukan negara yang dibimbing Ketua Jurulatih Chiew Chun Yong.
Soumilena menjaringkan gol pembukaan buat Indonesia pada minit ke-21.
Bagaimanapun, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan menerusi Mohd Ridzwan Bakri selang seminit kemudian.
Firman Ardiansyah menyumbat gol kedua Indonesia pada minit ke-29, diikuti Soumilena pada minit ke-35.
Ardiansyah Nur meledak dua lagi jaringan bagi melengkapkan kemenangan negara jiran.
Skuad negara mengutip tiga mata selepas dua perlawanan dan mengharapkan tuah kemenangan menentang Brunei serta tuan rumah, Thailand dalam aksi pelengkap Kumpulan A bagi menghidupkan peluang mara ke peringkat seterusnya.