UNITED KINGDOM, 5 April- Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sedikit gentar untuk membawa pasukan turun menentang Benfica menjelang aksi suku akhir pertama di Estadio da Luz, awal pagi esok dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.
Ini berikutan The Reds berdepan jadual yang padat.
The Reds bakal menghadapi dua aksi penting menentang Manchester City bermula Ahad ini yang akan menentukan calon juara Liga Perdana Inggeris EPL, sebelum ke aksi separuh akhir Piala FA minggu depan.
Klopp dilihat lebih cenderung untuk menjulang trofi EPL meskipun beliau berpeluang merangkul gelaran quadruple iaitu empat piala, selepas menjuarai Piala Liga England musim ini.
(Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp/ AFP)
Bagaimanapun, beliau enggan memandang rendah kemampuan Benfica meskipun berjaya menewaskan kelab itu 4 kali dalam 5 pertemuan terakhir.
Dalam pada itu, Pengarah Teknikal Benfica, Luisao mahu mengguna baik kepadatan jadual The Reds untuk menggugat keputusan permainan selain berkelebihan bermain di laman sendiri.
Benfica pernah meraih kemenangan agregat 3-0 ke atas Liverpool pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara musim 2005/2006. -AFP