KUALA LUMPUR, 10 Mac- Showcase Amal Artis Legenda edisi keempat kembali menemui peminat pada 1 Jun hadapan.
Menerusi persembahan itu, penganjurnya, Nizam Laksamana berkata pihaknya akan membantu pesakit dan bekas pesakit kanser pada tahun ini.
Katanya, sebahagian kutipan juga akan disalurkan kepada penggiat seni dan bekas pengamal media yang mengalami penyakit kanser.
"Kita membantu sedikit kawan-kawan kita yang sedang mendapatkan rawatan dan mereka ini sudah tidak upaya untuk menyanyi, jadi kita bukanlah untuk membantu selama-lamanya, kita hanya menzahirkan rasa kasih kita. Artis ini, bila sakit, bila duduk rumah, orang dah lupa, jadi kita cuba ingatkan mereka yang pernah mewarnai dunia hiburan dan kita boleh bantulah sebenarnya tak banyak, sikit," katanya kepada pemberita semasa sidang media Showcase Amal Artis Lagenda 4.0.
Tambahnya, sebahagian kutipan dan sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada 'Cancer Survivors Malaysia'.
Ia menampilkan Zamani Slam, Zarul Umbrella, Acong Sweetchild, Tam Spider dan lain-lain di Hotel Grand Barakah, Ampang.