fb fb fb fb fb

Sembilan penyanyi Sabah meriahkan 'A Night With Sumandak Stars–Ceritera Hatiku'

Konsert 'A Night With Sumandak Stars–Ceritera Hatiku' di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 1 Disember- Sembilan penyanyi wanita kelahiran Sabah, Marsha Milan, Azharina, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Bella Astillah, Salma, Ayu Damit, Didi Astillah dan Wani Kayrie bersatu dalam satu pentas menerusi Konsert 'A Night With Sumandak Stars–Ceritera Hatiku'.

Ketua Pegawai Eksekutif Orange International, Datuk Mohd Fadzli Idrus berkata, konsert berkenaan berjaya memukau ribuan penonton di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi.

"Malam ini adalah bukti kehebatan bakat kelahiran Sabah yang telah mencipta nama di persada muzik tanah air. Sambutan hangat daripada penonton adalah penghargaan terbesar untuk kesemua artis yang terlibat.

"Kami sentiasa mencari cara untuk mempersembahkan hiburan yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga bermakna," katanya.

Konsert berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan dan isteri, Toh Puan Norlidah.

Selain itu ia juga mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dan ia dijangka akan diadakan di Sabah pada tahun depan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI