fb fb fb fb fb

Semarakkan potensi besar Industri perfileman negara

(FOTO GSC)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Industri kreatif terutama sektor perfileman negara mempunyai potensi besar untuk melangkah lebih tinggi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, perkara itu mampu direalisasikan sekiranya keseluhuran ekosistem industri perfileman disemarakkan sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

"Pasaran tak besar jangan kita kecilkan lagi, kita satu Keluarga Malaysia besarkan pasaran bukan hanya satu segmen mengikut kaum tapi kita pergi rentas sempadan supaya dapat pasaran lebih besar dengan kita bentuk kerjasama dengan ada skrip yang sesuai untuk pasaran global.

"Saya yakin anda semua boleh lakukannya," kata Annuar selepas menyaksikan tayangan khas Filem AirForce The Movie di sini.

(Tan Sri Annuar ditemui selepas menyaksikan tayangan khas Filem AirForce The Movie)

Menurut beliau kementeriannya bersama FINAS akan melakukan perubahan dasar sekiranya perlu demi memajukan industri perfileman negara.

"Saya beri jaminan bahwasnya industri perfileman kita angkat kedudukanya...bantuan-bantuan sedia ada dan kurangkan karenah birokrasi, permudah segala proses," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap dalam pembentangan Bajet 2023 kelak akan ada beberapa pengumuman tertentu yang mampu menjadi pemangkin kepada Industri kreatif.

Media Baharu