(Noraniza Idris ketika ditemui pemberita RTM)
KUALA LUMPUR, 28 Ogos- 36 tahun bergelar anak seni, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris bakal mementaskan konsert terakhir yang cukup eksklusif pada 21 hingga 23 Oktober depan.
Pahit maung bergelar anak seni, tidak mematahkan semangat beliau dalam memartabatkan irama Malaysia ke peringkat tertinggi.
Anak kelahiran Kluang, Johor ini juga menyatakan, "Biarlah Kak Ani nak bagi yang satu pengakhiran yang gembira, yang ekslusiviti itu satu konsert yang bukan mudah mudah untuk kita lancarkan sebab kosnya tinggi, bukan konsert biasa."
Konsert yang berdurasi selama 120 minit ini juga menggunakan khidmat seramai 300 individu yang melibatkan pengarah muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS, barisan pemuzik kelas A bertaraf filharmonik, kemunculan 40 pasukan artis budaya tetap, artis budaya jemputan, kumpulan tenaga kreatif yang mahir dalam teknologi persembahan dan banyak lagi.
Konsert Malai Solo ini menelan kos RM3 juta dan bakal diadakan di Panggung Sari Istana Budaya.
(Noraniza Idris ketika Sidang Media Malai Solo Noraniza Idris)
Ketika ditemui, beliau turut, "nak jadikan satu impian yang orang kata kenangan yang kita akan tinggalkan satu impak yang sangat terkesan kepada hati semua orang.
"Orang akan ingat Noraniza Idris inilah satu-satunya konsert, tidak ada dua." Tambahnya.
Idea dan konsep konsert Malai Solo ini adalah idea daripada Noraniza Idirs sendiri, manakala Ahmad Saifulizam atau Gbam sebagai pengarah konsert, Mohd Seth Hamzah sebagai pengarah persembahan dan Siso Kopratasa sebagai pengarah artistik.
Harga tiket bermula RM299 sehingga harga VVIP bernilai RM1599 yang telah mula dilancarkan pada 19 Ogos lalu melalui www.ilassotickets.com.