fb fb fb fb fb

Nak menyanyi boleh, tapi bersyarat - Jamal Abdillah

(Datuk Jamal Abdillah ketika memberi ucapan perasmian produk kosmetik)

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Mengulas isu semasa berkenaan sesetengah usahawan yang mula menerbitkan lagu sendiri, Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah berkata beliau bersedia untuk berduet dengan sesiapa sahaja kerana beliau yakin setiap individu mempunyai bakat tersendiri.

Namun, "ada bersyarat, syarat saya tu kena penuhi, menyanyi boleh tapi kena menyanyi mengikut muzik, jangan sumbang, buat betul-betul maksudnya buat sunguh-sungguh la."

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Azura' ini berpendapat, "siapa-siapa pun boleh nyanyi sebenarnya, tak ada masalah.

"Orang boleh nilai sama ada seseorang itu penyanyi atau seorang yang mencari publisiti untuk perniagaannya atau digunakan untuk berkarya."

Tidak mencari populariti, pemilik suara emas ini juga sangat berhati-hati dalam kolaborasi kosmetik bersama Zarania Beauty.

Ini kerana beliau tidak mahu berdepan permasalahan di kemudian hari kerana ia berkenaan karier seni dan perniagaannya.

Bercerita mengenai dunia popular, beliau menjelaskan, itu semua sudah dirasai suatu ketika dahulu.

Beliau ditemui ketika melancarkan produk kosmetik di ibu negara.


(Datuk Jamal Abdillah ketika pelancaran kosmetik bersama Zarania Beauty)

Media Baharu