fb fb fb fb fb

Scheffler juara Golf Jemputan Arnold Palmer

FOTO AFP

MIAMI, 7 Mac- Par 72 pada pusingan terakhir, aksi Golf Jemputan Arnold Palmer sudah memadai buat pemain Scotland, Scottie Scheffler untuk muncul juara dengan kelebihan satu pukulan.

Scheffler mengumpul lima di bawah par 283 sudah memadai untuk mencatat kemenangan keduanya dalam tiga aksi, selepas merangkul kejuaraan Jelajah PGA AS pertamanya di Terbuka Phoenix pada Februari.

Dia melakukan tiga birdie dan tiga bogey di Bay Hill dalam keadaan cuaca berangin di lapangan Bay Hill Orlando, Florida, dan terus bertahan ketika keadaan semakin sukar membuatkan pesaingnya semakin goyah.

Birdie pada lubang 12 dan 15 membolehkan Horschel kembali di depan, tetapi dia tidak menemui birdie lain dalam tiga lubang terakhir.

Bekas juara Piala FedEx Billy Horschel pula memulakan hari dengan seri untuk mendahului pada awal dan mempunyai peluang untuk megheret aksi ke penentuan playoff pada lubang 18 namun dia gagal menjatuhkan putt birdie 29 kakinya dan terpaksa akur dengan 75 pukulan untuk berada di kedudukan kedua bersama dua lagi pemain iaitu Viktor Hovland dan Tyrrell Hatton.- AFP


(Selaku juara, Scottie Scheffler membawa pulang hadiah wang tunai lebih AS$2 juta) AFP

Media Baharu