fb fb fb fb fb

Jinq En taruh kepercayaan pada Chris Martin

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Berbaki kurang dua bulan sebelum temasya Sukan Sea Vietnam bermula, pemenang pingat emas Sukan SEA empat kali, Phee Jinq En meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada program Ketua Jurulatih kebangsaan Chris Martin bagi mengembalikan prestasinya semula.

Jelas Jinq En, beliau mengakui prestasinya bukan dalam keadaan terbaik apabila hanya satu acara yang melepasi syarat kelayakan Sukan Sea 'Kategori A' pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia.

Sepanjang empat hari kejohanan berlangsung, atlet berusia 19 tahun itu menyertai tiga acara iaitu 100 meter kuak dada, 200 Meter kuak dada, 50 meter kuak dada.

Hanya 100 meter kuak dada yang melepasi syarat kelayakan Sukan Sea 'Kategori A' selepas melakar 1 minit 10.50 saat.

"Rancangan saya adalah untuk terus percaya kepada program yang diatur Chris, tiada apa lagi yang saya boleh buat sekarang, saya tidak boleh tinggalakan kem latihan dan pergi ke Australia jadi saya hanya perlu beri yang terbaik baik di kejohanan mahupun latihan," kata Jinq En.

Jelas Jinq En, ini kejohanan ketiganya bersama ketua jurulatih dari Amerika Syarikat itu.

Disebabkan kekangan COVID-19, sukar buatnya untuk mendapatkan latihan dan kejohanan di luar negara khususnya di Australia.

 

(Phee Jinq En ditemui pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di Bukit Jalil)

Media Baharu