fb fb fb fb fb

Sains dan teknologi CMG serlahkan pesona olimpik musim sejuk

BEIJING, 8 April- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memuji dan merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Media China (CMG) atas kejayaan menjadi penyiar utama Olimpik Musim Sejuk 2022.

Menurut sepucuk surat yang dikirimkan IOC baru-baru ini, badan sukan antarabangsa itu menyambut baik usaha CMG kerana turut berjaya mempopularkan lagi sukan Olimpik.

Sebagai stesen radio dan televisyen tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan rakan kerjasama siaran televisyen bagi IOC, CMG menetapkan pola strategi teknologi "5G+4K/8K+AI", menggunakan teknologi penyiaran definisi ultra tinggi (UHD) 4K/8K yang tercanggih di dunia, peralatan penggambaran khas UHD termaju dibangunkan sendiri serta kru penyiaran elit.

Langkah-langkah itu membolehkan CMG mencapai matlamat "teknologi Olimpik Musim Sejuk, menonton Olimpik dalam 8K" serta mencipta rekod liputan cemerlang apabila mendapat tontonan rentas platform sebanyak lebih 62.814 bilion kali.

Olimpik Musim Sejuk telah disiarkan menerusi 120 layar besar UHD di 34 bandar termasuk Beijing, Shanghai, Tianjin dan Chongqing, serta di empat stesen kereta api berkelajuan tinggi (HSR).

Selain itu, CMG membina isyarat awam bunyi 3D 8K HD yang menyaksikan buat pertama kalinya teknologi 8K digunakan secara meluas dalam liputan langsung acara sukan.

CMG juga melaksanakan projek-projek besar termasuk pembinaan studio siaran langsung mudah alih UHD 5G di HSR pertama dunia.

Studio itu merealisasikan transmisi stabil jangka panjang bagi isyarat UHD di HSR dengan kelajuan 350 kilometer sejam yang pertama di dunia.

(Foto fail)

Dalam tempoh berlangsungnya sukan itu, studio kereta api dan kamera pandang hadapan menunjukkan teknologi pengeluaran serta penghantaran audio serta video UHD termaju di China kepada penonton seluruh dunia dengan lebih 40 siaran langsung dan siaran langsung selama lebih 180 jam tanpa henti.

Kejayaan itu turut mendapat liputan luas pelbagai media arus perdana dunia termasuk BBC, Associated Press. RIA Novosti, France 24, dan Syarikat Televisyen Nasional Itali.

Sebelum ini, Presiden IOC, Thomas Bach telah merakamkan penghargaan kepada CMG atas kejayaan luar biasa CMG dalam menghasilkan laporan serta membuat liputan.

Media Baharu