fb fb fb fb fb

Isu pemilihan atlet olahraga selesai, kini fokus persiapan

KUALA LUMPUR, 8 April - Isu pemilihan atlet olahraga bagi temasya Sukan SEA Hanoi pada Mei depan telah selesai.

Perkara itu disuarakan Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil.

Ia merujuk isu yang melanda Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini mengenai pemilihan atlet bagi acara 4x100 meter wanita.

Tegas beliau, kini adalah masa untuk fokus terhadap persiapan ke Vietnam.

(Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abdul Jalil)

"Saya rasa isu tersebut telah pun dapat diselesaikan dengan baik dengan beberapa mesyuarat yang kita kendalikan bersama Majlis Sukan Negara bersama jurulatih. Buat masa ini bagi saya fokus kepada kejohanan di Vietnam dan ia telah dimaklumkan kepada semua jurulatih dan atlet. Fokus dan buat yang terbaik di Vietnam nanti. Yang berlaku sudah pun berlalu, jangan fikirkan lagi. Biarkan mereka berlatih dan melakukan yang terbaik di Vietnam", katanya.

Mengulas lanjut berkenaan atlet yang terlibat dalam kemelut tersebut, Manshahar menasihatkan mereka masih mempunyai banyak peluang menunjukkan kemampuannya pada masa depan.

"Saya faham atlet yang tidak terpilih akan rasa kecewa. kita telahpun menasihatkan, perkara ini adalah satu proses mereka terpaksa, kekadang melalui dan apa yang penting, terdapat lebih banyak pertandingan akan datang, mereka boleh tunjukkan kemampuan lebih baik daripada sekarang", katanya kepada media.

Media Baharu