KUALA LUMPUR, 1 Jun- Tayangan drama yang melibatkan artis bermasalah atau kontroversi perlu ditangguhkan penyiarannya di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menurut Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, RTM akan memberi bantuan sekiranya artis tersebut telah mendapatkan bantuan dari pihak profesional.
"Jadi kalau ada masalah, apa yang kita buat kita tangguhkan, seperti kes Alif Aziz, ramai wartawan tanya saya jadi, saya kata, kita tangguhkan sehingga ada bukti-bukti menunjukkan, yang pelakon ini sudah pergi mendapatkan bantuan pihak profesional ..jumpa 'psychiatrist' ke. Untuk kekal lama, bertahan dalam industri, salah satu cara adalah dengan punya disiplin yang baik," katanya.
Tambah beliau, pihak saluran dan penyiar drama serta penerbit juga harus memainkan peranan untuk sama-sama membantu dan bukan hanya terus menghukum.