fb fb fb fb fb

Sharifah Fatimah Az Zahrah juara program Kemuncak Dendang Irama Terengganu

KUANTAN, 2 Jun- Sharifah Fatimah Az Zahrah Syed Ali merangkul juara program Kemuncak Dendang Irama Terengganu yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Sharifah membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Beliau mempertaruhkan dua buah lagu bertajuk “Embun Sok Sek” dan “Semalam di Kuala Terengganu”, sekali gus mengenepikan empat peserta lain.

Manakala tempat kedua disandang Syaira Nur Azmina yang membawakan lagu “Bukit Puteri” dan “Tikar Seludang”, membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi M.D Wahidul Zaman dengan lagunya “Rugi Dok Mari Sek Mung” dan “Watimang Landok”, membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta sijil.

Hadiah disampaikan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

"Jadi Azza bertanding kali ni Azza tak fikir langsung pasal nombor, satu, dua tiga ker tak fikir langsung, 'just' nak 'enjoy' jer malam ni, sebab nak perkenalkan lagu-lagu rakyat kepada semua masyarakat," katanya kepada pemberita di sini.

Program anjuran Terengganu FM dengan kerjasama NesQ Resources itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh artis jemputan seperti Dayang Nurfaizah, Shiha Zikir, Daniel Syer, Roshini dan Juara Bintang Klasik 2023, Hisham Rahim.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM