fb fb fb fb fb

Roman Polanski dibicara atas tuduhan memfitnah

Pengarah terkenal, Roman Polanski dijangka tidak hadir semasa perbicaraan di Paris / Foto AFP

PARIS, 5 Mac - Pembikin filem veteran terkenal, Roman Polanski dibicarakan di mahkamah Paris pada Selasa atas tuduhan memfitnah aktres British,Charlotte Lewis yang mendakwa pengarah terkenal itu terlibat dalam penderaan seksual pada 1980-an.

Pengarah berusia 90 tahun itu yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kerana merogol kanak-kanak berusia 13 tahun pada 1977 dan turut berdepan beberapa tuduhan lain termasuk dakwaan serangan seksual sejak beberapa dekad lalu.

Pengarah itu yang memenangi anugerah Oscar menerusi filem-filem seperti "Rosemary's Baby", "Chinatown" dan "The Pianist" melarikan diri ke Eropah pada 1978.

Menurut peguam yang mewakili Polanski, Pengarah berkenaan tidak akan hadir semasa perbicaraan.

Lewis pada 2010 menuduh Polanski melakukan serangan seksual kepadanya semasa berusia 16 tahun pada 1983 di Paris selepas dia pergi ke sana untuk sesi uji bakat. Dia muncul dalam filem"Pirates" pada tahun 1986.

Namun, Polanski berkata tuduhan yang dilemparkan Lewis terhadapnya merupakan satu pembohongan menerusi sesi temubual dengan majalah "Paris Match" pada 2019.

Menurut Paris Match, Polanski mengeluarkan salinan artikel tahun 1999 di akhbar tabloid British 'News of the World, dan memetik Lewis sebagai berkata "Saya terpesona dengannya, dan saya mahu menjadi kekasihnya."

Lewis berkata petikan yang dikaitkan dengannya dalam temu bual itu adalah tidak tepat.

Sehubungan itu, Lewis memfailkan aduan fitnah terhadap Polanski dan menyebabkan pengarah berkenaan didakwa di bawah undang-undang Perancis secara automatik.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD