fb fb fb fb fb

“Janji di bawah pokok ceri”, sindir pelakon baru tiada disiplin

“Janji Di Bawah Pokok Ceri” arahan Asri Baq'u Tajudin yang mula bersiaran sejak 15 Februari lalu.

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Pelakon baru yang hanya bersandarkan pada wajah kacak dan cantik sahaja. Mereka bagaikan arang batu yang perlu digilap untuk bersinar seperti emas.

Namun apa yang akan berlaku bila sebaliknya mereka ini tidak menonjolkan rasa hormat dan disiplin dalam kerja.

Itu pengajaran yang cuba ditonjolkan dalam drama bersiri 20 episod “Janji Di Bawah Pokok Ceri” arahan Asri Baq'u Tajudin yang mula bersiaran sejak 15 Februari lalu.

Drama bersiri itu disiarkan di saluran Okey setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 9.00 malam.

Mengetengahkan Sharul Kamal dan pelakon baharu, Wafariena Roslan atau Wafa bergandingan sebagai teraju utama, Sharul dalam drama bersiri ini menghidupkan watak sebagai Fariz yang juga penyanyi buskers.

Ceritanya berlatarkan watak utama seorang remaja iaitu Fariz yang bercita-cita menjadi penyanyi terhalang dengan garis masa lampau cinta tiga segi bapanya, Rashid.

Rashid tidak suka dengan minat Fariz kerana tidak mahu anaknya itu menerima nasib yang sama sepertinya dahulu.

Fariz melanjutkan pengajian di sebuah kolej dan berkawan baik Wanie lakonan Lia Natalia, seorang pempengaruh terkenal.

Wanie memberi semangat kepada Fariz untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang penyanyi.

Dalam masa yang sama, Fariz meminati seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik bernama Safiya. Safiya yang berasal daripada keluarga yang berada hakikatnya diterima sebagai pelakon bukanlah disebabkan oleh bakatnya semata-mata.

Namun ianya disebabkan pengaruh bapanya, Tuan Ameer. Oleh kerana itu juga, Safiya mempunyai masalah disiplin dan tidak menghormati kru produksi kerana bapanya mengeluarkan bajet untuk projek lakonannya.

Drama ini turut dibintangi oleh Rusdi Ramli, Marissa Yasmin dan Firdaus Ghufran.

RTM turut memberikan peluang kepada penonton yang tidak berkesempatan menyaksikan drama tersebut menerusi saluran TV boleh mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

GRACE AISYAH KEDAYAN