fb fb fb fb fb

Ribuan peminat hadir konsert d'Masiv 

Foto FB d'Masiv

KUALA LUMPUR, 14 Julai- Kumpulan terkenal Indonesia, d'Masiv memukau ribuan peminatnya di Malaysia menerusi 'Amazing Konsert D’Masiv' yang diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut vokalisnya, Rian, d'Masiv mempersembahkan lagu-lagu daripada album terbaharu mereka.

Antaranya Sampai Mati Kan Ku Kejar, Berpura-pura dan Rindu yang Tak Pernah Jelas.

"Lagu-lagu berkenaan belum pernah dimainkan di mana-mana pentas sebelum ini. Ia dipersembahkan khas buat peminat di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini.

Konsert berkenaan turut menampilkan Mario G. Klau, selain pembukaan konsert diserikan oleh persembahan Sarah Suhairi dan Alfie Zumi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM