KUALA LUMPUR, 14 Julai- Kumpulan New Boyz menghadiahkan lebih 100 patung beruang kepada peminat-peminat bertuah yang datang ke Konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, malam tadi.
Vokalis New Boyz, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 40, berkata, konsert semalam yang dihadiri 3,000 penonton adalah hadiah buat peminat yang menjadi tulang belakang sepanjang 25 tahun New Boyz bertapak dalam industri muzik.
Sebanyak 29 lagu disampaikan termasuk lagu sensasi mereka 'sejarah mungkin berulang'.
"Kami sangat puas hati malam ini. Tiket semua sold out. Penonton beri energy sangat positif kepada kami... dari awal hingga lagu terakhir," kata Tomok pada sidang media selepas konsert itu malam tadi.
New Boyz akan mengadakan konsert di Singapura Oktober depan.
Kumpulan popular era 1990-an yang dianggotai Tomok, Jay, Lan, Zimi, Afiez, Zack dan Ristoe itu pernah mencipta fenomena serta menjadi kegilaan peminat remaja.
New Boyz ditubuhkan pada 1999 dan bergiat aktif sehingga 2007.