KUALA LUMPUR, 14 Julai- Setelah tiga tahun tidak aktif dalam nyanyian, penyanyi dan pelakon, Hannah Delisha mengeluarkan single terbaharunya berjudul 'Akan Tiba'.
Menurut Hannah, lagu berkenaan hasil buah tangan pertamanya dengan ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Ja’a, Romeo dan Eugene Lai.
"'Akan Tiba' adalah sebuah lagu motivasi yang memaparkan mesej harapan dan daya tahan yang kuat.
"..Apatah lagi selepas mengalami keguguran baru-baru ini, Hannah menyumbangkan lirik yang hadir daripada emosi diri Hannah ketika dalam fasa keguguran, bagi menggalakkan pendengar untuk terus bergerak ke hadapan, meninggalkan kesedihan lalu di belakang, dan percaya bahawa hari yang lebih cerah akan tiba," kata Hannah kepada media di sini.
Lagu 'Akan Tiba' telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai lalu di platform TikTok Hannah Delisha.
Ia juga disiarkan di semua platform muzik digital dan video muzik, serta boleh ditonton di saluran YouTube.