fb fb fb fb fb

Insomniacks, Nabila Taqiyyah kolaborasi single baharu 'Belum Mulai'

Insomniacks bersama Nabila Taqiyyah (dua kanan) berkolaborasi dalam single baharu 'Belum Mulai'

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kumpulan pop tempatan, Insomniacks yang popular dengan lagu berjudul 'Pulang' mengeluarkan single baharu bertajuk 'Belum Mulai' bersama penyanyi dari Indonesia, Nabila Taqiyyah.

Insomniack berharap single pertama mereka dalam Bahasa Indonesia itu dapat diterima oleh peminat mereka serta menembusi pasaran Indonesia.

"Mudah-mudahan peminat kami di Malaysia dan pendengar di Indonesia dapat menerima lagu ini," jelas kumpulan itu.

Begitu juga bagi Nabila yang berharap para pendengar di kedua-dua negara dapat menikmati lagu ciptaan Clara Riva dan SLEEK itu dengan sebaiknya.

"Pastinya sangat gembira kerana ini kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi bersama kumpulan dari Malaysia.

"Seluruh proses produksi berjalan lancar dan menyenangkan. Saya harap semua pendengar menikmati lagu ini seperti kami menikmati seluruh proses pembuatannya,” kata Nabila.

Penggambaran video muzik 'Belum Mulai' dilakukan di Yogyakarta dan diarahkan oleh Ido Aruan terbitan Kolmar Films.

'Belum Mulai' sudah tersedia di semua platform muzik digital serta saluran YouTube.

SITI AISHAH MD ISA