(RED HOT CHILI PEPPERS / AFP)
NEW YORK, 11 Julai- Red Hot Chili Peppers dan penyanyi rap Lauryn Hill bakal menjadi tarikan utama festival Global Citizen yang dijadualkan berlangsung pada 23 September depan di New York.
Barisan artis termasuk Megan Thee Stallion, Conan Gray dan Stray Kids turut akan beraksiĀ pada acara itu, yang bertujuan meraih dana antarabangsa untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh dunia.
Acara Global Citizen, yang telah diadakan sejak 2012 ketika pemimpin dunia berkumpul di New York untuk Perhimpunan Agung PBB, menawarkan tiket percuma kepada penyokong yang berikrar untuk mengambil bahagian seperti menghantar surat kepada kerajaan mereka dengan mendesak untuk bantuan pembangunan.
"COP27, G7 tahun ini, Spring Meeting Bank Dunia dan sidang kemuncak kewangan iklim Paris semuanya gagal memberikan hasil yang dimahukan," kata ketua penganjur Global Citizen, Hugh Evans.
"Kami menggesa negara-negara terkaya di dunia untuk mengambil bahagian dan membantu,"katanya. -AFP
(LAURYN HILL / AFP)