(Jane Birkin)
PARIS, 17 Julai- Jane Birkin, penyanyi dan pelakon kelahiran Britain yang menjadi ikon gaya di Perancis telah meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Birkin mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang memaksanya membatalkan jelajah konsertnya yang dijadulakan tahun ini.
Punca kematiannya bagaimanapun tidak didedahkan. Menurut sumber polis, Birkin ditemukan mati dirumahnya di Paris pada Ahad.
Siasatan tidak akan dijalankan memandangkan tiada unsur mencurigakan ditemui pada mayatnya.
Dalam pada itu, ejen dan keluarganya masih belum mengesahkan kematiannya.
Anak perempuan kepada seorang pelakon dan pegawai tentera laut, Birkin berkahwin dengan komposer James Bond John Barry pada 1965.
Hasil perkongsian hidup dengan Barry, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Kate. Perkahwinan itu berlangsung selama tiga tahun.
Anak perempuan sulungnya, seorang jurugambar, meninggal dunia pada 2013 kerana membunuh diri.
Birkin turut menjalin hubungan dengan Gainsbourg dan mereka mempunyai seorang anak perempuan, Charlotte, yang menjadi pelakon dan penyanyi yang sangat berjaya.
Birkin turut mempunyai seorang lagi anak perempuan, Lou Doillon, seorang penyanyi daripada hubungan 13 tahun dengan pengarah Perancis Jacques Doillon.-AFP
(Jane Birkin)