fb fb fb fb fb

Taylor Swift penyanyi wanita paling banyak album nombor satu

(Taylor Swift/REUTERS)

NEW YORK, 18 Julai- Taylor Swift kini mempunyai lebih banyak album nombor satu berbanding artis wanita lain dalam sejarah berikutan keluaran terbaharunya, "Speak Now (Taylor's Version)".

Album tersebut terus menduduki tangga teratas carta Billboard, menjadi album nombor satu ke-12 ratu pop itu dan mengatasi pencapaian penyanyi legenda, Barbra Streisand.

Bagi penghibur lelaki, Jay-Z dan The Beatles kedua-duanya mempunyai lebih sedozen album nombor satu, walaupun Billboard menyatakan ia telah mengubah sistem kedudukan albumnya selama beberapa dekad untuk memasukkan antologi.

"Swift, 33, juga telah menjadi artis pertama yang masih hidup, mempunyai empat album dalam kedudukan 10 teratas sejak enam dekad lalu," tambah organisasi itu.

Ia termasuk "Midnights," "Lovers" dan "Folklore."

Billboard juga mengesahkan bahawa Swift merupakan artis hidup pertama yang mempunyai 11 album dalam kedudukan 200 teratas secara serentak.

"Speak Now" pada asalnya dikeluarkan pada 2010. Swift telah berikrar untuk merakam semula enam album pertamanya supaya beliau dapat memegang hak cipta.

Beliau juga telah merakam semula "Fearless" dan "Red."

Oktober lalu, Swift menjadi artis pertama secara serentak merangkul kesemua 10 kedudukan teratas carta lagu Amerika Syarikat selepas pelancaran album studio kesepuluhnya "Midnights." -AFP

(FOTO AFP)

Media Baharu