fb fb fb fb fb

Mission Impossible 7, Tom Cruise terjun dari tebing gunung

FOTO REUTERS

NEW YORK, 11 Julai- Bintang Hollywood, Tom Cruise hadir menemui peminat pada tayangan perdana filem baharunya "Mission: Impossible: Dead Reckoning Part One" baharunya di New York.

Cruise turut bergambar dan menandatangani autograf pada majlis itu.

Filem siri ketujuh popular itu menyaksikan Cruise sebagai Ethan Hunt bersatu semula dengan rakan-rakan ejennya, yang dilakonkan oleh Simon Pegg, Ving Rhames dan Rebecca Ferguson, ketika mereka menghadapi musuh baharu.

Selain itu, turut bekerjasama dengan watak penyeluk saku dan rakan kongsi, Grace yang dibintangi oleh Hayley Atwell, Hunt mesti memusnahkan musuh baharunya.

Cruise, 60, terkenal melakukan kebanyakan aksinya sendiri dan filem itu termasuk salah satu yang paling berbahaya, menunggang motosikal dari tebing gunung, jatuh secara bebas dan mengendalikan payung terjun sendiri untuk mendarat.

Filem ketujuh dan kelapan dalam francais "Mission: Impossible" telah ditangguhkan kerana wabak COVID-19.

"Mission: Impossible 7" telah dijadualkan untuk debut di pawagam pada September 2022, diikuti oleh "Mission: Impossible 8" pada Julai 2023.

Filem bahagian satu itu dibuka secara global pada awal Julai, 2023, dengan bahagian dua kira-kira masih 40 peratus dalam pembikinan dan akan dikeluarkan pada musim panas depan.- REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu