KUALA LUMPUR, 4 Julai -Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan album terbaharu, berjudul Sitism.
Album itu mengandungi lapan buah lagu, dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu dalam format digital dan fizikal awal Ogos ini.
Album Sitism menggambarkan Datuk Seri Siti yang sentiasa tampil dengan pembaharuan seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan.
Setelah berjaya dengan single pertama Menjaga Cintamu yang dilancarkan pada 18 Mei 2023; album itu mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi berjudul “Romansa Kita”
(Penyanyi Siti Nurhaliza muncul dengan album baharu 'Sitism')