fb fb fb fb fb

Rahadiazli Rahalim digugurkan daripada Kem Latihan Harimau Malaya kerana positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dari Terengganu FC telah disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian PCR diperolehi lewat malam semalam dan terpaksa digugurkan daripada kem latihan Harimau Malaya.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon berkata pagi semalam, kesemua pemain dan pegawai telah melakukan ujian RTK yang mana kesemuanya negatif, namun disebabkan Rahadiazli menunjukkan beberapa simptom berkaitan, penjaga gol tersebut telah diarahkan untuk membuat pula ujian PCR pada sebelah petangnya.

"Dengan hanya berbaki empat hari latihan pusat tempatan sebelum skuad Harimau Malaya berlepas ke Singapura pada Selasa, 22 Mac 2022, pengurusan pasukan kebangsaan telah memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol baharu dan mengekalkan tiga penjaga gol sedia ada - Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi," kata Pan Gon.

Pan Gon turu mendoakan kesihatan Rahadiazli supaya beliau dapat segera sembuh.

Media Baharu