fb fb fb fb fb

JDT II benam Kelantan United 2 - 0, dalam saingan Liga Perdana

JOHOR BAHRU, 19 Mac - Pasukan Johor Darul Takzim II (JDT II), membenam Kelantan United 2 - 0, dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru, malam tadi. 

Aksi 95 minit itu, menyaksikan Daryl Sham dan Fernando Rodriguez, mencatat nama sebagai penjaring.

Pada separuh masa pertama menyaksikan posesi perlawanan memihak kepada pasukan lawan, dengan asakan demi asakan diberi kepada gawang gol tuan rumah.

Sebelum pemain tengah JDT II, Daryl Sham menjaringkan gol pertama perlawanan, hasil tandukan padu, pada minit ke 35.

(JDT II  bertemu Kelantan United di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru)

Babak kedua perlawanan menyaksikan benteng pertahanan kuat pasukan lawan berjaya dibolosi tuan rumah, hasil jaringan penyerang import, Fernando Rodriguez, pada minit ke 73.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat, menjadikan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Selatan, 2 - 0.

Media Baharu