KUALA LUMPUR, 19 Mac - Dua pelumba negara, Syarifuddin Azman dan Danial Syahmi Sharil bersedia untuk menawan Litar Estoril, Portugal, Mei ini pada saingan Kejuaraan CEV Moto THREE Remaja Dunia 2022.
Jelas Syarifuddin, fokus beliau pada musim ini adalah untuk lebih banyak meraih podium.
(Pelumba negara, Syarifuddin Azman)
"Jadi saya sangat gembira bila dengar apa yang pasukan saya cakap jadi saya lebih bersemangat lagi untuk mencari set up moto saya dengan lebih baik," kata Syarifuddin kepada wartawan di sini.
Sementara itu, pelumba Junior Talent Team, Danial Syahmi menyasarkan kedudukan di kelompok 15 terbaik dalam penampilan sulungnya kali ini.
"Pada pusingan pertama tidak ada masalah pada kami untuk berlawan kedepan, insya-Allah kami akan cuba sehabis baik " kata Danial.
Ketika ini beliau masih berusaha untuk mendapatkan keserasian dengan jentera yang akan digunakan pada perlumbaan nanti.