KUALA LUMPUR, 13 Disember- Vokalis kumpulan OAG, Radhi yang hampir tinggalkan industri muzik, kini tampil memberi kelainan dengan lagu baharunya yang berunsur kerohanian berjudul Soullawatt.
Radhi turut berkongsi secara rasmi perubahan nama kumpulannya, OAG yang sebelum ini dikenali sebagai 'Old Automatic Garbage' dan "Orang Asia Genius" ditukar kepada 'Only Allah Greatest'.
"Jadi dengan adanya Only Allah Greatest dan Soullawatt, ini menandakan era pengakhiran OAG lah," kata Radhi.
30 tahun dalam industri, Radhi bersyukur kerana masih diberi pilihan untuk berdakwah dalam muzik dengan memilih genre berunsurkan muzik dan zikir.
Perubahan itu bertepatan dengan konsep album yang bakal diketengahkan nanti yang mengandungi lagu-lagu berunsurkan kerohanian.
Tambahnya, lagu Soullawatt akan mula dirakamkan pada Januari ini.