fb fb fb fb fb

Mattel rancang filem baharu susulan kejayaan 'Barbie'

FOTO REUTERS

NEW YORK, 14 Disember - Syarikat pembuat permainan, Mattel merancang bagi menghasilkan filem 'live action' berdasarkan patung permainan "American Doll" bersama beberapa produksi seperti Paramount Pictures dan Temple Hill Entertainment.

Kolaborasi berkenaan adalah susulan daripada kejayaan filem 'Barbie' yang mendapat kutipan pecah panggung di seluruh dunia awal tahun ini.

Kejayaan tersebut turut menyebabkan saham Mattel melonjak. Syarikat itu turut mengesahkan lakon layar filem tersebut bakal ditulis oleh Anderson Beer yang dikenali sebagai penulis skrip filem Netflix "Sierra Burgess is a Loser".

Anak patung "American Girl" telah diasaskan pada 1986 oleh Pleasant Rowland, seorang guru dan usahawan yang berjaya menjadikan anak patung dan buku-buku cerita sebagai pendidikan dan hiburan bagi menyuburkan imaginasi kanak-kanak.

Filem "Barbie" merekodkan kutipan pecah panggung dan telah menyumbang kepada keuntungan penjualan anak patung keluaran Mattel sebanyak AS$125 juta pada tahun ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD