fb fb fb fb fb

Proxy band johan Anugerah Carta 10 SARAWAKfm edisi pertama

Proxy band johan Anugerah Carta 10 SARAWAKfm

Kuching 27 Julai - Lagu berjudul Jenaka, membawa tuah kepada kumpulan Proxy Band dalam pertandingan akhir di Anugerah Carta 10 SARAWAKfm, edisi pertama malam tadi.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 piala dan sijil.

Manakala, Danial Manshor dengan lagunya bertajuk 'Beku' dinobat naib johan membawa balik hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil termasuk hadiah vokal terbaik berjumlah RM1,000

Sementara tempat ketiga menjadi milik Meera Zada dengan lagu 'Milikmu'membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta piala dan sijil.

Peserta Miey Sanisha dan Saiful Bahri memenangi persembahan terbaik dan turut mendapat hadiah wang tunai RM1,000.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Auditorium P.Ramlee RTM Sarawak di sini.

Lebih 2,000 penonton hadir menyaksikan pertandingan akhir berkenaan yang turut menawarkan sehingga 70 hadiah cabutan bertuah yang kepada penonton yang hadir.

Program tersebut merupakan program radio terbitan DJ Reeynaz Merpati, yang mempertandingkan lagu-lagu karya anak tempatan Sarawak dan bersiaran setiap Sabtu, pukul 10 pagi.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak, Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS, Datuk Abdullah Saidol dan Pengarah Penyiaran Sarawak Wan Azhan Wan Hamat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD