GEORGIA, 10 April- Penampilan kembali Tiger Woods ke kejohanan MAsters di lapangan Augusta Nationals tidak seperti yang diharapkan.
Bekas pemain nombor satu dunia itu mencatat rekod pukulan terburuk apabila melakukan 78 pukulan, enam di atas Par pada pusingan ketiga.
Woods, yang kariernya hampir berakhir apabila terbabit dalam kemalangan negeri 14 bulan lalu, memulakan misi memburu jaket hijau keenamnya dengan baik apabila mencatat 71 pukulan, 1 di bawah Par pada pusingan pertama.
Tetapi prestasinya kian mersoto apabila disusuli dengan 74 dan 78 pukulan pada dua pusingan berikutnya.
(Tiger Woods, 46 tahun/ AFP)
Selepas pusingan ketiga, Scottie Scheffler dari Amerika Syarikat mendahului dengan sembilan di bawah par, tiga pukulan di depan pesaing terdekat Cameron Smith dari Australia.
Woods kini ketinggalan 16 pukulan di belakang Scheffler, yang keseluruhan sembilan pukulan di bawah par 207.
Pemain 25 tahun dari Texas itu diekori rapat Smith yang mencatat empat pukulan di bawah par 68 untuk keseluruhan 210.
Dua pukulan di belakang Smith, pemain Korea Selatan Im Sung-jae. -AFP