fb fb fb fb fb

Terbuka Korea: Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tamatkan kemarau 5 tahun

KUALA LUMPUR, 10 April- Pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menamatkan penantian gelaran sejak 2017.

Pasangan itu menawan pentas final Terbuka Korea yang berlangsung di Suncheon, sebentar tadi.

Meskipun diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, Kian Meng-Pei Jing berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won 21-15, 21-18.

(Sumber: Facebook BAM)

Kejayaan manis itu dilakar dalam tempoh 49 minit sekali gus mendominasi kemenangan dalam rekod tiga pertemuan antara mereka.

Kali terakhir Kian Meng-Pei Jing meraih gelaran adalah di pentas final Kejohanan Far East Malaysia Master 2017, menewaskan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-17, 21-9.

 

Media Baharu